Sunday 4 December 2011

I miSz my lOve...

ayat-ayat rindu ini untuk awak

Cyg,
makin hari ku dilamun rindu,
seindah mentari fajar yang menyinsing indah,
senyaman bayu yang menenangkan alam.

Cyg,
seindah jambangan cintamu,
ku hiasi kuntuman rindu dihatiku,
rintik-rintik rindu sentiasa menyirami hatiku,
seperti rintik hujan yang membasahi bumi,
sesekali titisan air mata rindu mengalir dipipiku,
bukan kerana ku tidak mampu menahan kesepian ini,
namun kerana ku teramat merinduimu.

Cyg,
ku dambakan hadirmu disisiku,
setiap hari setiap detik ku membilang waktu,
bertemu dengan dirimu,
agar terubat resah rindu dikalbu,
ku hamparkan selimut rinduku buatmu,
agar dirimu terasa kehangatannya dihatimu,
sungguh aku rindu,
bait-bait ayat rindu ini ku tujukan untukmu,
kerana dirimu adalah pemilik hatiku .